Aku pun rasa semua dah tahu yang Google baru je update pagerank untuk suku pertama tahun ni. Apa yang aku boleh simpul kan PR untuk rangkaian blog aku ni ada yang naik dan ada yang maintain sahaja. Paling best blog ni la dah dapat PR2 dan ada beberapa blog aku yang lain naik dari PR1 ke PR3 dan dari PR0 ke PR1, selebihnya maintain PR1. Bagi seorang blogger PR update adalah masa yang ditunggu-tunggukan, masa ni la pelbagai ragam dapat kita lihat. Ada yang gembira and tersenyum dan ada juga yang muram kecewa. Google punya penangan memang dasyat. So PR korang macamana? Ada baik?

Perkembangan Terkini MizhaClan Sekarang
Ok sebenarnya blog ni ada 2 orang writer iaitu aku and wife (Hani), tapi oleh kerana wife aku agak sibuk menguruskan rumahtangga and puteri kesayangan aku ni so buat masa ni aku jelah yang akan selalu update.

Untuk bulan ni ada beberapa projek yang akan aku and Hani jalankan iaitu:

Projek Mega MizhaClan yang akan diselenggara sepenuhnya oleh Hani. Projek apa? Itu kena tunggu dulu sebab masih dalam peringkat RnD. Selain itu, Projek JV bersama Rohaizad.com juga isya’allah akan dijalankan pada bulan ni juga (masih lagi dalam peringkat perbincangan).

Blog MizhaClan ni juga akan memulakan operasi redesign tak lama lagi. Design dah ada cuma tinggal untuk direalisasikan sahaja. Korang tunggu dan lihat saja la nanti hehe.

So itu je la perkembangan aku setakat ni. Amat ringkas dan padat hehe