Update 09/10/2014: Ok ComicsDirectory dah ada senarai komik yang banyak. gembira : )
Update 17/12/2012: Nampaknya banyak komik dah tak ada di ComicsDirectory. sedih :'(

Adakah korang peminat mangga (Komik)? Macam aku, aku suka baca mangga Detective Conan. Yup, memang aku minat sangat dengan Detective Conan tak kira lah Anime or Mangga.

Dulu aku selalu beli mangga ni di kedai-kedai buku mamak or Kedai Buku Popular sebab dekat kedai buku ni jer yang aku senang untuk dapatkan mangga Detective Conan ni cuma ada masalah sikit, biasalah masalah transpot and episode yang kita nak beli tu tak ada. Dah la nak pergi beli satu hal, lepas tu dah sampai buku yang dicari pulak tak ada or sold out. Damm! Yang terbaru ni, aku pergi kedai tu dah tak jual dah mangga. Hilang sudah sumber aku.

Selang beberapa hari, aku try search online manalah tahu ada jual mangga secara online kat Malaysia ni kan. Jadi jalan punya jalan aku jumpa dengan ComicsDirectory. Apa itu ComicsDirectory? meh sini aku perkenalkan.

ComicsDirectory

Mengikut web mereka:

Comics Directory is found by a group of die-hard comic fans. Like many of you, we enjoy reading comics. While most local comics or bookstore does not always carry a good number of selections; going online always result in hefty shipping fee or ridiculous long wait time. That is why we decided to create Comics Directory. We want fellow comics fans to have more option when shopping.

Apa yang aku lihat, servis yang mereka tawarkan mungkin masih baru sebab tu masih banyak episode komik belum ada dan mungkin mereka akan update benda ni akan datang. Aku juga sudah pun cuba untuk membeli komik dari sini dan ternyata ianya valid.

Daripada pengalaman aku sendiri, harga mereka mengikut pasaran cuma tambah kos shipping tu biasalah kan. Aku beli 3 buah komik pada 25-Jun-2012, mereka start hantar pada 4-Julai-2012 dan sampai kat aku pada 11-Julai-2012. Ni aku amik Normal Postage sebab tu lambat sampai.

ComicsDirectory

ComicsDirectory

So kepada korang yang ingin mencari komik or mencari episode-episode yang tak ada tu boleh cuba cari di sini, manalah tahu ada kan boleh terus beli. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan servis mereka, korang boleh try usha web ComicsDirectory ni.