Adakah Aku Akan Kembali Menulis?

Posted by on Aug 3, 2016 in Berita | 0 comments

Salam perkenalan kepada semua. Kali terakhir aku post sesuatu dalam blog ni adalah pada Nov 2012 sekarang ni dah Aug 2016. Fuhh lama tu. Bermula dari mizhaclan.cc kepada mizhaclan.com, selepas domain tamat tempoh guna pula mizhaclan.ml dan sekarang mizhaclan.ga pulak. Ramai juga dikalangan rakan-rakan bloger aku yang dahulu sudah tidak aktif dan blog mereka juga sudah tidak kelihatan lagi. Aku tanye apa khabar kepada mereka.

Aku tak tahu samada aku masih berminat untuk menulis semula atau tidak. Apa yang pasti aku akan cuba dan ianya pasti tidak akan sama seperti dahulu. Post-post aku yang terdahulu masih aku kekalkan untuk dijadikan nostalgia. Ok bermula …

Read More

Tahniah Team Malaysia

Posted by on Dec 29, 2010 in Berita | 0 comments

Walaupun kalah 2-1 dengan Indonesia di tempat lawan tapi kita tetap Juara Piala AFF Suzuki 2010 untuk kali pertama. Tahniah aku ucapkan kepada semua Pasukan Malaysia tak kira lah pemain, staff, penyokong dan sesiapalah yang terlibat secara langsung atau tidak. Tahniah!

Tahniah sekali lagi untuk Team Malaysia. Malaysia Boleh!

Read More

Tukar Baju Lagi – MizhaClan V3

Posted by on Oct 1, 2010 in Berita | 2 comments

Bulan September agak suram untuk blog MizhaClan ni, dah hampir-hampir nak bersawang. So untuk bulan Oktober ni ada sedikit pembaharuan akan dilakukan bagi menaikan lagi seri blog MizhaClan ni.

Setelah berbincang, kami decide untuk menukar cara persembahan dan penyampaian dalam blog ni. Kalau dilihat dari tema baru blog ni yang lebih ringkas jadi sudah tentulah post-post dalam blog ni juga akan jadi ringkas. Semua ni dilakukan bagi memudahkan kami untuk selalu update blog (mudah-mudahan). Tak perlu fikir post yang panjang-panjang, pendek-pendek pun ok la asal blog berupdate lagi pun kekangan masa juga adalah masalah utama bagi kami.

So aku harap korang still support kami lagi. Apa pendapat korang tentang perubahan ni?

ps: aku ingat nak jadikan tema ni percuma untuk didownload. Korang nak ker?

Read More

Eid ul-Fitr dari MizhaClan

Posted by on Sep 8, 2010 in Berita | 3 comments

Dikesempatan ini kami ingin menyusun sepuluh jari tanda kemaafan jika ada terlanjur kata, terguris jiwa, tersalah bicara dan perbuatan tidak kena kepada semua rakan-rakan yang mengenali kami secara langsung atau tidak. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman samada dengan memandu atau menumpang, jagalah keselamatan anda dan ingatlah orang yang anda sayangi. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kami MizhaClan.

Akhir sekali jom kita layan pantun raya

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar Kad Raya dah tak sempat
Pakai Blog ni pun kira ok what?

Read More

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Posted by on Aug 10, 2010 in Berita | 2 comments

Hari ni adalah hari pertama kita memulakan ibadat puasa jadi bersempena dengan bulan yang mulia ini kami dari MizhaClan.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Kalau ada silap dan salah kami ingin memohon berjuta kemaafan. Mudah-mudahan pada bulan Ramadhan kali ini akan membawa kejayaan dan kesejahteraan kepada anda semua.

ps: ingat-ingat sikit masa membeli juadah berbuka. Jangan terlalu tamak 🙂

Read More