MizhaClan.co.cc Bertukar Kepada MizhaClan.com

Posted by on Dec 12, 2009 in Berita, Blogging, Klik-klik | 4 comments

Akhirnya setelah 4 bulan blog ini beroperasi, Aku telah berjaya membeli domain .com baru. Kalau dahulunya blog ini menggunakan domain percuma daripada co.cc, sekarang blog ini menggunakan domainnya sendiri. So lepas ni korang boleh klik ke MizhaClan.com.

Aku dah lama mengidam nak tukar domain .com tapi biasa la bertangguh-tanguh last-last sampai ke hari ni baru aku berjaya tukar hehe. Ok For your information, domain ni baru je aku beli malam tadi dari godaddy.com. Aku gunakan promo code, so murah la sikit kan. Jadi dengan bertukarnya domain baru, aku akan membuat sedikit perubahan kepada blog ni, yela kalau dahulu aku ngan hani jer ada sekarang aku telah ada Rana :). Untuk itu aku telah ada beberapa perancangan untuk aku jalan kan pada tahun hadapan. So sentiasa la berkunjung ke MizhaClan.com Ok!

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by on Sep 18, 2009 in Berita | 0 comments

Dikesempatan ini kami ingin menyusun sepuluh jari tanda kemaafan jika ada terlanjur kata, terguris jiwa, tersalah bicara dan perbuatan tidak kena kepada semua rakan-rakan yang mengenali kami secara langsung atau tidak. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman samada dengan memandu atau menumpang, jagalah keselamatan anda dan ingatlah orang yang anda sayangi. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kami MizhaClan.

Akhir sekali jom kita layan pantun raya

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar Kad Raya dah tak sempat
Pakai Blog ni pun kira ok what?

Read More

MizhaClan.co.cc – Satu Permulaan

Posted by on Aug 19, 2008 in Berita | 2 comments

Dulu memang kami mempunyai sebuah blog dengan nama Mizha2u.com tapi itu dulu, sekarang kami bermula dengan nama baru iaitu MizhaClan.co.cc MizhaClan.com. Untuk pengetahuan Blog ni dahulu menggunakan domain dari co.cc tapi sekarang telah bertukar ke MizhaClan.com. Baru la nampak pro sikit hehe

Apa tujuan aku buat blog ni?

Tujuannya adalah untuk dijadikan diari keluarga Mizha. Kalau korang semua nak tahu apa maksud Mizha tu, sila scroll ke bawah. Di bawah blog ni ada aku ceritakan tentang maksudnya.

Siapa yang menjadi penulis blog ni?

Penulisnya sudah tentu la Clan Mizha itu sendiri iaitu aku (Termizi) dan dia (Rohani). Kami akan bercerita apa sahaja tentang kehidupan kami dan apa yang terakam oleh kamera phone milik aku ni.

Blog ni guna enjin apa?

Enjin blog ni adalah wordpress 2.8 2.9++ dan bodykit blog ni direka khas oleh aku sendiri.

Ok sampai sini dahulu, cerita panjang pun tak guna. Kami harap korang semua stay on with our blog untuk cerita-cerita yang lain. Yosh

Read More