Live Blogging – Macamana Nak Buat?

Posted by on Dec 15, 2009 in Blogging, Klik-klik | 7 comments

Hohoho Buat pertama kalinya aku menulis tutorial. Ok seperti yang korang tau pada post sebelum ni, aku ada try untuk buat live blogging. Ternyata percubaan pertamaku itu menjadi (kalau tak rugi 0.25 sen duit MMS aku hehe).

Live Blogging akan menjadi salah satu kategori dalam blog MizhaClan ni. So lepas ni apa yang berjaya aku snap guna PDA aku yang aku rasa menarik untuk di share, aku akan publish kat blog ni. Yup “Snap Gambar then Publish” Simple. Jadi hari ini aku akan cuba mengajar korang plak, Macamana nak buat Live Blogging. Aku akan try persembahkan dengan cara yang terbaik supaya korang senang paham.

Read More

MizhaClan.co.cc Bertukar Kepada MizhaClan.com

Posted by on Dec 12, 2009 in Berita, Blogging, Klik-klik | 4 comments

Akhirnya setelah 4 bulan blog ini beroperasi, Aku telah berjaya membeli domain .com baru. Kalau dahulunya blog ini menggunakan domain percuma daripada co.cc, sekarang blog ini menggunakan domainnya sendiri. So lepas ni korang boleh klik ke MizhaClan.com.

Aku dah lama mengidam nak tukar domain .com tapi biasa la bertangguh-tanguh last-last sampai ke hari ni baru aku berjaya tukar hehe. Ok For your information, domain ni baru je aku beli malam tadi dari godaddy.com. Aku gunakan promo code, so murah la sikit kan. Jadi dengan bertukarnya domain baru, aku akan membuat sedikit perubahan kepada blog ni, yela kalau dahulu aku ngan hani jer ada sekarang aku telah ada Rana :). Untuk itu aku telah ada beberapa perancangan untuk aku jalan kan pada tahun hadapan. So sentiasa la berkunjung ke MizhaClan.com Ok!

Read More

Apa yang Aku Dapat Selepas Sebulan?

Posted by on Nov 19, 2009 in Blogging, Klik-klik, Reality | 25 comments

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menjadi orang di belakang tabir untuk blog ni. Akhirnya pada kali ini aku menulis jua hehe. Ok apa yang akan aku kongsikan di sini adalah “Apa yang Aku Dapat Selepas Sebulan?“. Selepas sebulan??? Apa yang lepas sebulan??? Untuk pengetahuan semua pada tanggal 18 Oct 2009 iaitu sebulan yang lepas, Aku telah menghadiri seminar yang telah diadakan di UTM Skudai, Johor. Seminar “Smart Blogging” yang dianjurkan oleh Izad Blog Network dengan kerjasama Wanmus Technologies Enterprise.

Mungkin aku agak terlambat dikalangan perserta-peserta seminar lain untuk membuat review. Jadi untuk hari ini, biar aku pula yang membuat sedikit review :). Aku tidak akan bercerita tentang apa yang berlaku pada hari seminar tersebut sebab korang boleh baca di blog Rohaizad, Wanmus atau peserta-peserta seminar yang lain. Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah, Apa yang aku dapat selepas sebulan aku menghadirkan diri ke seminar tersebut.

Read More

Packing, Baiboo and Balik Kampung

Posted by on Sep 18, 2009 in Klik-klik, Reality | 0 comments

Baru je habis packing baju. Banyak beg plak kena bawak. Dah masuk 7 bulan ni orang kata dah start kena bawak barang-barang baby sekali untuk hospital. Yela, mana la tahu kalau baby nak jumpa mummy dia awal kan..(tak nak..baby, please wait until your due date kay? You are not fully ready to see mummy and daddy yet) harap-harap tak la tapi orang kata sediakan payung sebelum hujan. 🙂

Last month dapat free gift from BaiBoo. Tapi dapat sekali je ke?? Pernah dengar tak BaiBoo? Kalau tak pernah klik link ni www.baiboo.com.my. Web ni khas untuk ibu mengandung denggn ibu yang sudah ada anak kecik. Ada banyak info pasal pregnancy and baby. Kalau jadi member kita dapat member card lepas tu kalau pergi shopping kat kedai-kedai yang listed kat BaiBoo kita boleh dapat diskaun. Kadang-kadang pun boleh dapat free gift jugak. BaiBoo akan hantar kat Guardian Pharmacy yang kita pilih masa kita daftar, nanti kita collect la sendiri. But don’t expect you will receive things that only related to your pregnancy or baby. Benda yang kita tak sangka pun ada. Hari tu pen dari CIMB Islamic pun ada. Macam-macam la ada dalam satu kotak tu. hehehe..

Read More