Haha tajuk yang agak hype, Memandangkan Piala Dunia 2010 akan bermula beberapa jam je lagi so hari ni aku nak bagi hangat sikit. Sebenarnya ada sambungan di belakang tajuk post ini iaitu “England Juara Piala Dunia Tahun 1966“. Itulah kali pertama dan terakhirnya England menjadi Juara Dunia dalam arena bola sepak. Dah lama Malaysia England tidak menjulang piala dunia ni so harap-harap pada tahun 2010 ni menjadi tahun yang bertuah bagi pasukan The Three Lions.

England Team 2010 World Cup

Ya! aku sememangnya penyokong pasukan England (Sokong bab sukan bola sepak sahaja) dari zaman bila aku pun dah tak ingat tapi masa aku sekolah dulu. Kalau korang perasan, dekat sidebar blog ni pun ada 1 banner khas untuk Pasukan England. Kalau korang nak letak banner ni kat blog korang jugak bagitau aku nanti aku bagi url hehe.

England Jersey

Siapa yang bakal menjadi Juara Piala Dunia pada 2010 ni? Korang ada ramalan? jom kongsikan 🙂

UPDATE:

13/06/2010 – England vs USA: 1 – 1
19/06/2010 – England vs Algeria: 0 – 0
23/06/2010 – England vs Slovenia: 1 – 0 *England layak ke pusingan kalah mati
27/06/2010 – England vs Germany: 1 – 4 *England terkeluar dari saingan Piala Dunia

Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi, Permainan England tidak gah seperti Nama Player itu sendiri.

I think we were there as a team and that probably didn’t seem to be the case with England. – Miroslav Klose, Germany striker