Sebelum ni aku ada blog (personal blog) tapi tak berjaya macam sekarang ni. Semua entri yang aku tulis bukan datangnya dari hati tapi lebih kepada nafsu (mahukan duit kononnya). Aku kecewa sebab apa yang diimpikan tidak juga aku dapat, lama-kelamaan blog itu terus hanyut dan terus tenggelam. Cerita ni berlaku pada awal pembabitanku dalam dunia blogging pada tahun 2006.

Aku adalah blogger yang tersepit pada masa tu. Kiri dan kanan aku semuanya menceritakan tentang kejayaan mereka menjana pendapatan daripada internet terutama sekali buat duit dari blog. Adsense lah, Affiliate lah dan macam-macam lagi. Tapi aku tetap ditengah-tengah tersepit tak tahu mana jalan yang aku nak pilih. Memang mudah untuk memberikan pendapat dan idea tapi untuk melaksankannya fuhhh indah khabar dari rupa.

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah tak tersepit lagi. Seminar akhir tahun 2009 yang pertama aku sertai telah berjaya menyelamatkan aku dari terus tersepit. Aku bukan nak cakap seminar yang aku join tu bagus (memang bagus pun bagi aku :)) atau aku nak bodek penganjur tapi dari situ lah aku telah melihat banyak peluang dan ruang untuk aku penuhkan dan aku rebutkan. Dunia Internet terlalu luas dan rezeki juga amat luas, tinggal kita sahaja yang perlu pandai mencari. Tapi ingat apa yang penting adalah Tindakan.

Ok ini sahajalah kisah blogger yang tersepit dari aku so jangan biarkan hidup anda diselubungi penyepit kelak kamu akan tersepit hehe.

This is my Story, what your’s?

ps: Thanks kepada rakan-rakan yang sudi memberikan kata-kata semangat pada entri yang lepas. Tak sangka aku hehe