Seperti yang dimaklumkan pada post terdahulu, ini lah theme terbaru MizhaClan.com. Amacam menarik tak? Setelah hampir setahun blog ini menggunakan theme Mizha, so aku rasa sudah tiba masanya untuk MizhaClan menggunakan theme yang baru, theme yang akan lebih tertumpu kepada content dan juga rekabentuk yang tersusun.

Pembinaan theme ini telah mengambil banyak masa untuk disiapkan, sebab untuk theme kali ini aku lebih fokuskan kepada Design dan juga beberapa fungsi baru dalam WordPress. Terus terang aku katakan, ini lah theme yang paling canggih pernah aku buat.

Image Slider di header

Image Slider di header
Image slider adalah untuk memaparkan koleksi gambar-gambar yang berada dalam kategori Live Blogging.

Thumbnail Image dan Tajuk Post

Thumbnail Image dan Tajuk Post
Aku menggunakan thumbnail image yang bersaiz 200px dan digandingkan dengan Tajuk artikel yang besar. (Baru nampak tajuk :))

Post Pilihan

Image Slider di header
Bagi ruangan Post Pilihan, post-post yang diambil adalah secara rawak. Paparan akan berubah setiap kali page bertukar. Lebih mudah untuk paparkan post-post yang lama.

Ruang Subscribe dan Iklan

Image Slider di header
Ini adalah ruang yang perlu ada untuk theme sekarang ni. Baru la senang pembaca nak stay connect dengan kita.

Ruangan Bio Penulis, Jom Kongsi dan juga Artikel Pilihan

Image Slider di header
Aku juga telah meletakkan Bio Penulis, Social Netowrk button dan juga Related Post untuk setiap artikel. Aku tak gunakan sebarang plugin untuk benda ni sebab jika terlampau banyak plugin sedikit sebanyak ianya boleh melambatkan proses loading.

Threaded Comments

Threaded Comments
Ini juga bukan plugin, fungsi ini memang telah lama wujud dalam wordpress cuma agak sukar untuk dilaksanakan. Lepas ni senang la aku nak reply komen korang.

Ruangan Galeri Flickr, About Us dan Twitter Update

Aku paling minat bahagian footer theme ni. Bahagian yang paling lama untuk aku buat sebab aku tak dapat nak decide apa yang perlu aku letakkan di bahagian ni. Jadi hasilnya, aku telah meletakkan Galeri flickr untuk gambar-gambar MizhaClan, Tentang Mizha untuk keterangan ringkas mengenai MizhaClan dan juga Twitter Update untuk twitter MizhaClan.

Jadi tu sahaja lah new features yang ada dalam theme baru ni dan ianya akan diperbaiki dari masa ke semasa, so macam mana? Kongsikan pendapat anda diruangan komen di bawah. Yosh!

Ps: Nantikan kemunculan first Premium Theme dari aku. Bila? tu tak tahu lagi 🙂