Aku dalam proses untuk mengubah theme blog ni dan mungkin dalam bulan Mei baru aku live kan. Masih lagi mencari scheme warna yang akan digunakan serta beberapa function baru yang perlu dikemaskini. Theme baru aku ni boleh dikatakan paling canggih yang pernah aku hasilkan (puji diri sendiri) sebab tulah iaΒ  mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Theme ni juga akan dijadikan sebagai first premium theme yang akan aku jual, nak jual kena lah tiptop hehe. Sedikit gambaran theme baru aku untuk korang lihat:

Theme Baru MizhaClan

Macam mana? hehe nak tengok full kena tunggu theme ni siap dulu.

Sebenarnya, ramai yang telah menggunakan khidmat aku untuk design theme mereka. Aku bukan lah expert dalam wordpress, aku juga masih lagi belajar dan mencari ilmu baru dalam wordpress. Setiap kali wordpress update version nya, setiap kali tu lah aku kena update skill dalam designing. Teknologi semakin pantas begitu juga dengan worpdress, aku kena sentiasa alert.

Ok antara mereka yang pernah menggunakan khidmat aku adalah:

WanMus.com

Wanmus.com

Wanmus aku jumpa masa Seminar Blogging bulan 10, tahun lepas. Ini lah first theme yang aku buat untuk orang luar, sebelum ni aku design untuk kepuasan diri sendiri je hehe so dari sini lah titik permulaan aku dalam bidang theme designing ni.

RezekiMurah.com

RezekiMurah.com

Bro Johari juga aku berkenalan masa seminar blogging. Bro Johari minta aku designkan theme untuk salah satu niche blognya tapi oleh kerana niche blog tu belum lagi bermula so aku suggestkan dia guna untuk blog RezekiMurah.com. Aku juga telah buat sedikit modification untuk disesuaikan dengan blog rezekimurah sebab nichenya berlainan.

Ada lagi mereka-mereka yang pernah menggunakan khidmat aku tapi aku tunjuk antara sahaja dan selepas ni ada lagi yang sedang menanti πŸ™‚

ps: Minggu ni aku balik JB, mungkin boleh bertemu rakan bloggers di sana hehe