Korang dah baca cerita aku masa nak beli lappy baru ni? Jadi ni adalah sambungan dari post yang lepas. Kali ni aku nak review pasal lappy baru aku, mana tahu lepas ni korang pulak nak beli kan hehe.

Dell Studio XPS ni disasarkan kepada golongan yang mementingkan elemen multimedia dalam kerja seharian mereka sebab Studio XPS ni akan memberikan korang spec multimedia yang cukup tinggi. Aku rasa kalau nak buat multimedia works yang memerlukan graphic yang tinggi, model ni tak akan memberikan korang banyak masalah.

Dari segi rekabentuk pula, Dell Studio XPS ni memang cun. Siap ada Genuine Leather lagi dan boleh dikatakan design model Dell ni agak elegant, sesuai untuk mereka yang mementingkan class.  Studio XPS ni juga mempunyai salah satu features yang agak menarik bagi aku iaitu Backlit Keyboard, features yang membolehkan kita menaip dalam keadaan yang gelap sebab keybord Studio XPS ni boleh memberikan korang cahaya.

Dell Studio XPS Backlit Keyboard

Lain-lain specs Dell Studio XPS ni boleh lihat di bawah:

Dell Studio XPS Specs

Harga Dell Studio XPS ni pulak boleh dikatakan agak mahal RM4199 tapi kalau dilihat dari specs yang diberikan ianya masih lagi berpatutan pada aku (aku rasa lah hehe).

Dell Studio XPS ni juga disertakan sekali dengan OS Windows 7 Home Premium and Subscribe untuk 15 bulan bagi McAfee Security Center. So tak payah lah korang beli anti virus lain lagi.

Sedikit gambar lappy baru aku untuk tatapan korang.

My Studioz

My Studioz

Semua tentang Studio XPS ni memang menarik tapi aku sedikit rasa tak puas hati sebab kurangnya port USB, aku memerlukan port USB yang banyak at least 4 port tapi Dell bagi aku 2 jer, kena la cari yang USB tambahan lepas ni huhu.

Jadi ini sahaja lah sedikit review tentang lappy baru aku, kalau ada apa-apa yang korang nak tahu boleh lah tanya kat ruangan komen aku. Apa yang aku boleh jawab, aku jawab hehe. Yosh

ps: Nak tahu lebih lanjut usha official web untuk Sudio XPS ni.