Alhamdulillah apa yang aku hajatkan semenjak masuknya tahun 2010 telah terlaksana walaupun bukan semua. Aku dalam proses untuk buat SOHO (Small Office Home Office) kat salah satu bilik dalam rumah aku ni so step pertama yang aku plan adalah mengantikan lappy lama aku yang telah bersama aku sejak 2 tahun ni. Mungkin 2 tahun tu masih baru tapi atas kehendak kerja aku yang memerlukan spec yang tinggi, aku harus mendapatkan lappy baru.

Sebelum ni aku pakai lappy HP Compaq A961TU 16 inci. Memang besar skrin lappy lama aku ni. Aku beli masa PC Fair 2008 dekat Melaka tapi kali ni aku cari kat Low Yat Plaza pulak.

HP Compaq A961TU

Apa yang aku beli kat Low Yat hari tu? Haa Ni lah model lappy baru aku iaitu Dell Studio XPS 16. Sebenarnya aku tak plan nak beli laptop Dell ni sebab aku sudah ada model yang aku target. Sebelum ke Low Yat lagi aku ada buat survey untuk cari laptop yang cun untuk buat Grafik and Web di forum tempatan dan luar selama beberapa hari. Rata-rata menyarankan beli Apple MacBook atau Apple MacBook Pro. Memang pada mulanya aku nak beli MacBook Pro tapi bila fikir-fikir balik macam tak sesuai lagi untuk aku. Aku try usha Sony Vaio pulak, best memang best tapi harga memang melampau la murah dia kan. Survey punya survey aku dapat satu model ASUS, yang ni memang mantap spec gempak harga cantik. ASUS A42JR tu la model lappy aku target nak beli kat Low Yat nanti. Dari apa yang aku baca model ni memang laris dan sentiasa dicari orang so siapa yang dapat tu memang bertuah la.

Tangal 20/02/2010, aku pergi jugak ke Low Yat dengan harapan ASUS A42JR akan ku bawak balik. Bila dah sampai aku terus cari dealer ASUS and kedai-kedai yang ada jual model ni, tapi setelah penat pusing-pusing model ASUS ni sudah sold out and sudah tidak dijual lagi. Memang hampa la sebab tak dapat apa yang aku inginkan, so lepas minum-minum aku try cari model lain yang spec seperti yang aku mahukan. Aku singgah kedai Dell, kat situ aku tertarik dengan Dell Studio XPS, belek punya belek aku nampak pulak Dell Studio, spec and harga pun hampir sama cuma yang membezakan Processor, Graphic dan Rekabentuk sahaja. Agak pening jugak masa nak pilih tapi Dell Studio XPS juga aku pilih sebab Graphic dia tinggi ATI Mobility RADEON® HD 4670 – 1GB, lepas tu siap dapat BagPack lagi. Memang cun, design laptop ni pun menarik.

Dell Studio XPS 16

So Dell Studio XPS lah yang menjadi pilihan aku untuk dibeli. Pada hari itu jugak aku beli AOC LCD Monitor 19 inci, Keyboard and Mouse yang cun dari PowerLogic and Canon Printer. Tu lah cerita aku kat Low Yat, lepas ni aku akan buat review pasal lappy baru aku ni pulak. So korang tunggu la next post ok.

ps:meja opis yang aku tempah dah pun sampai, so mari mengemas.