Fuhhh! dah sebulan aku tak update blog ni, dah nak bersawang dah aku rasa hehe. Ok for the short update, last October aku ada beli sesuatu untuk kepuasan diri aku iaitu bag laptop dApro Digital Artist Backpack dari Deviantart. Jadi bulan lepas beg tu sampai ke tangan aku setelah merantau jauh dari US.

dApro Digital Artist Backpack

Apa yang aku boleh katakan beg ni memang berkualiti cuma beg ni tidak sesuai untuk mereka yang selalu travel jauh-jauh sebab beg ni hanya untuk laptop semata-mata. Baju sehelai dua or buku yang tebal dah tak muat untuk dimasukkan.

dApro Digital Artist Backpack

Yang menarik bagi aku tentang beg ni: kain yang tahan lasak, antaramuka beg ni yang boleh ditukar mengikut kehendak korang, Build-in Raincoat untuk menyelamatkan laptop dari basah kena hujan dan juga selesa dipikul. Korang boleh tonton video yang aku post sebelum ni untuk maklumat lanjut.

dApro Digital Artist Backpack
dApro Digital Artist Backpack

Ok, itu sahaja update ringkas aku. Tunggu untuk next post pulak hehe.

ps: Apple iPad dah dilancarkan di Malaysia 🙂