Hari Ketiga

Pagi ni kami bangun awal untuk menghabiskan hari terakhir di Pulau Langkawi. Kami check out awal sebab destinasi kami pagi itu adalah Beras Terbakar. Sebelum ke sana kami mencari kedai makan untuk bersarapan jadi kami singgah kedai masa on the way ke Beras Terbakar, kami makan roti canai lagi. Kos lebih kurang RM40.

Beras Terbakar

Selepas makan kami terus menuju ke tempat di mana Beras dibakar bagi mengelakkan Tentera Siam mendapatkan sumber makan semasa perang. Kami sampai agak awal juga, masih tak ramai pengunjung lagi tapi kedai menjual cenderahati sudah mula menjalankan perniagaan mereka. Sampai diperkarangan rumah yang dikatakan rumah penghulu, kami melihat baki beras yang dibakar di dalam sebuah peti kaca. Hanya sepinggan sahaja yang boleh dilihat sekarang ni dan tempat di mana beras tersebut dibakar telah dipagarkan. Jadi boleh lihat dalam kaca je la beras tersebut. Lepas sesi bergambar kami berjalan-jalan di kedai-kedai berhampiran. Kami beli kain batik jawa, baju Langkawi dan cenderahati lain. Kos dalam RM50 sahaja dikeluarkan di sini.

Beras Terbakar

Beras Terbakar

Habis membeli kami berjalan menaiki van sekitar Langkawi sebab minyak van masih banyak lagi. Kami ronda-ronda sahaja sebelum pergi ke Airport. Setelah berpuas hati meronda kami menuju ke Airport untuk memulangkan van dan menunggu flight untuk pulang. Aku telefon abg van untuk kembalikan kunci tapi abg van tu cakap kunci tinggal jer dalam van nanti dia amik. Aku pun buatlah apa yang disuruh dan terus masuk Balai Pelepasan. Flight bakal berlepas jam 3ptg dan sampai ke LCCT jam 4ptg. Jam 7mlm baru kami sampai ke rumah.

Ronda-Ronda Pulau Langkawi

Berapa pula kos hari ketiga kami?

Total Spending: RM40 + RM50 = RM90

Jumlah Keseluruhan

Total 3 hari kami di sana: RM422 + RM360 + RM90 = RM872
Total kos Percutian kami: RM2452 + RM360 +RM90 = RM2902 kira RM3000 la.
Not bad RM3000 untuk 11 orang di Langkawi.

Tamat sudah percutian kami 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Banyak kenangan-kenangan menarik sewaktu di sana. Mungkin satu hari nanti kami akan ke sana semula. Hope korang tak bosan baca post yang panjang-panjang ni. Ini lah post yang paling panjang dalam sejarah Blog MizhaClan ni.

Di sini juga aku nak mengucapkan terima kasih kepada bro Reza aka Boy Bersahaja sebab sudi membantu aku untuk mendapatkan Chalet dan Van dengan harga yang berpatutan di Langkawi. Kenapa Boy? Sebab bro Reza ni adalah agen perlancongan, so mudah lah untuk dia cari package yang ekonomi di Langkawi. Tanpa bro Reza ni mungkin aku tercari-cari juga chalet dan van untuk aku bercuti.