Hari Kedua

Pagi tu sebelum kami bersarapan dan berjalan-jalan, kami membasahkan diri sekali lagi di pantai. Selepas bermandi manda di laut kami bersiap untuk bersarapan pagi. Kami makan roti canai yang terletak di seberang jalan sahaja. Total kos untuk sarapan adalah RM47.

Destinasi seterusnya selepas bersarapan adalah Pekan Kuah, tapi on the way untuk ke Pekan Kuah kami singgah di Kedai menjual Minyak Gamat Nusantara. Kedai ni boleh dikatakan agak popular dikalangan pelancong. Kita boleh melihat minyak gamat dihasilkan dan juga membeli belah pelbagai jenis produk berasaskan gamat. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membelinya. 12 botol minyak gamat berharga RM10. Selepas membeli belah, aku pergi ke tempat memasak gamat untuk dijadikan minyak. Orang kata kalau kita celup jari ia tak panas. Cuma suam-suam sahaja walaupun ianya tengah mendidih so aku dengan beraninya mencuba la. Aku celup sekejap jer, terasa panas. Terus aku was-was betul ker celup tak panas sebab aku celup panas jer. Nak sedapkan hati, mungkin teknik aku celup tu salah kut. Total kos RM50 sebab borong minyak gamat dan lain-lain produk berasaskan gamat.

Memasak Minyak Gamat

Destinansi seterusnya, Kota Mahsuri di mana terletaknya Makam dan juga Telaga Mahsuri. Perjalanan kami ni di temani oleh Peta dan Signboard sahaja. Alhamdulillah setakat ni tak pernah sesat lagi la sebab Langkawi ni banyak signboard. Sampai di Kota Mahsuri kami terus masuk melawat makam, telaga dan juga rumah keluarga Mahsuri. Untuk masuk ke Kota Mahsuri ni dikenakan bayaran iaitu RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Total kos di Kota Mahsuri RM43. Di sini juga terdapat sebuah muzium mini untuk Mahsuri. Kalau nak tahu sejarah Pulau Langkawi, Kisah Lagenda Mahsuri, Barang-barang sejarah seperti Keris yang digunakan untuk membunuh Mahsuri, tempat ini lah jawapannya. Tayangan video kisah Mahsuri juga ada dipertontonkan. Kalau malas baca sejarah, tonton video ni pun ok.

Rumah Keluarga Mahsuri

Selepas melawat Kota Mahsuri kami terus ke Dataran Lang di mana terdaptnya Tugu Helang Gergasi. Orang kata kalau tak bergambar di sini tak lengkap percutian kami, so kami pun bergerak menuju ke sana. Cuaca jangan cakaplah memang panas, waktu tengahari la katakan. Masa kami sampai tak ramai lagi orang (mungkin ramai tengah makan tengahari), jadi kami boleh bergambar dengan selesa di sini. Dataran Lang ni berdekatan dengan Jeti Kuah, so siapa yang naik feri tu memang helang ni la yang akan mereka nampak dulu. Kos tak ada sebab tempat ni tak dikenakan bayaran.

Tugu Helang Gergasi

Ok lepas habis berposing di Dataran Lang ni, kami pergi cari kedai makan. Mujur kedai makan di sini tak jauh dan banyak, jadi tinggal pilih jer mana nak singgah. Kami makan pelbagai jenis nasi goreng dan Laksa (Laksa kat Pulau Langkawi memang sedap). Kos tak dapat diketahui sebab adik yang bayar so tak tanya berapa kena tapi yang penting makan di Langkawi ni tidak lah semahal yang disangka.

Next station, Haji Ismail Group. Apa lagi yang boleh buat di sini selain dari shopping coklat dan barang-barangan dapur seperti set pinggan magkuk dan banyak lagi la. Memang tidak dinafikan lagi harga barang-barang ni memang murah dan membolehkan orang rambang mata melihatnya. Kebiasaanya para isteri dan ibu la yang sibuk sikit kat sini, kita kaum suami dan bapa boleh layan je la cuma kadang-kadang tu kena gak tegur sikit-sikit jangan terlalu boros disebabkan harga. Di sini kami hanya beli coklat jer, pinggan mangkuk tu maybe next time. Perkhidmatan membungkus juga disediakan tapi tak pasti ianya percuma atau bayar so kurang la sikit risiko kaca pecah bila balik nanti. Kos yang dikeluarkan RM100 (beli pelbagai jenis coklat yang banyak sebab nak bagi saudara mara).

Selesai membeli belah, kami menuju pula ke Gunung Machinchang nak naik Kereta Kabel tapi sebelum ke sana kami singgah di chalet dulu untuk simpan barang-barang yang dibeli tadi terutamanya coklat sebab takut cair. Perjalanan dari Pantai Cenang ke Gunung Machinchang adalah sejauh 20km dan dari Pantai Cenang ni juga kita boleh nampak kereta kabel nun di atas puncak gunung. Perjalanan juga tidak la membosankan sebab kita boleh lihat keindahan Pulau Langkawi. Kos untuk naik ke puncak menaiki kereta kabel adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja manakala pelancong luar RM30 dan RM20 bagi dewasa dan kanak-kanak. Kad Pengenalan sangat penting untuk mendapatkan harga murah. Dari atas Gunung ni kita boleh nampak hampir keseluruhan Pulau Langkawi. Pemandangannya memang cukup cantik.

Kereta Kabel Gunung Machinchang

Kereta Kabel Gunung Machinchang

Kereta Kabel Gunung Machinchang

Selepas Gunung Machicang kami semua bergerak balik sebab hari dah semakin petang. Sampai di chalet kami sekali lagi bermandi manda di pantai, maklumlah esok dah nak berangkat pulang jadi hari terakhir ni kami mandi puas-puas. Ombak memang kuat jadi kena hati-hati sikit walaupun tidak lah merbahaya sangat.

Malam pun menyusul, kami berpakat untuk makan malam di salah satu restoran yang ada di sekitar Cenang ni. Kami berjalan kaki sahaja sebab baru syok layan night walk sambil cari kedai makan. Akhirnya kami singgah di Restoran Seafood Dfiqa, kami order Nasi Putih, Tomyam Campur, Sup Daging, Kailan Ikan Masin, Ikan Siakap 3 Rasa, Ikan Pari Bakar dan Air Sirap. Kami amat merekemen kan anda untuk cuba makan di sini sebab bagi aku, masakkannya memang sedap. Kos malam ni RM120. Habis makan kami berjalan-jalan lagi untuk membeli beg baru sebab beg yang dibawa tak cukup dan cenderahati untuk kenalan rapat.

Restoran Seafood Dfiqa

Hari Kedua juga telah melabuhkan tirainya. Jadi berapa kos kami hari ni.

Total Spending: RM47 + RM50 + RM43 + RM100 + RM120 = RM360
Untuk kos hari kedua ni tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar sebab turut melibatkan kos individu. Kami hanya mengira kos yang dikeluarkan bagi 11 orang sahaja.