Tanggal 16hb Ogos 2010, Beberapa email dari pihak paypal telah menerjah ke kotak email aku. Ianya bukan email yang aku sering nantikan dari paypal tetapi email yang memeranjatkan aku. Korang boleh lihat isi kandungan email tersebut di bawah ni:

Paypal Email 1

So kalau dikira total duit paypal aku ditolak sebanyak $256 bersamaan RM790. Banyak tu huhu. Selang beberapa minit email seterusnya dari paypal masuk. Kali ni paypal mengatakan akaun aku kena “Limited Account Access”. Terus berderau jantung aku dibuatnya, ye la dalam paypal aku tu masih ada lagi baki duit yang belum aku cashout kan so agak cemas jugak aku masa tu dah la $256 kena kebas ni akaun pulak kena limited access.

Paypal Emial 2

Tanpa berlengah lagi aku terus login paypal aku, dan aku di minta untuk ubah password dan macam-macam lagi untuk update akaun. Alhamdulillah bila aku lihat baki, duit aku masih ada cuma aku kehilangan $100 sahaja sebab $156 telah di masukkan semula ke dalam akaun aku. Aku terus cashout kan duit aku untuk diselamatkan sebelum apa-apa yang terjadi.

Lepas semua satle, aku buat report kat paypal untuk refund $100 aku tadi. Email seterusnya dari paypal masuk, kali ni pihak paypal bagitahu mereka akan membuat siasatan terhadap kes aku ni. Selang beberapa hari paypal hantar email mengatakan aku telah berjaya mendapat refund yay!

Paypal Email 3

Alhamdulillah kes selesai, Cuma apa yang aku pelik macamana budak dari india ni boleh curi duit paypal aku. Korang penah alami tak benda ni? So lepas sahaja duit aku tu masuk balik dalam akaun, aku terus shopping online. Nak tahu apa yang aku beli? Tungguuuu hehe