Alhamdulillah, akhirnya aku kembali menulis setelah sekian lama aku menyepi dari blog ni. Ke mana kau menghilang wahai mizi? Untuk pengetahuan korang la kan, sejak 2 bulan yang lepas tahap kesihatan aku agak merundum. Aku batuk-batuk, hilang selera makan jadi aku telah dipaksa oleh wife aku untuk pergi ke klinik buat check up dan keputusan check up tu, aku telah jadi suspek kepada Penyakit TB dan Paru-paru Berair. Jadi selama 2 bulan ini la aku berulang-alik pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan berkala. Dari Klinik Kesihatan hingga lah aku terpaksa di refer ke Hospital. Memang pada masa tu aku agak gusar sedikit sebab ianya nampak macam aku telah menghidapi satu penyakit yang agak serius.

Ujian pertama yang aku harus lakukan adalah Ujian TB. Ambil darah, bagi kahak,  buat x-ray dan buat mantox test selama beberapa hari. Keputusannya aku bebas dari tuduhan TB tapi ada lagi satu tuduhan yang membuat hati doctor aku ni kebinggunggan iaitu keputusan x-ray aku. X-ray aku menunjukan ada keputihan pada paru-paru belah kanan aku samada ianya mengandungi air atau nanah so aku di minta untuk menjalani CT Scan (yang masuk dalam terowong tu). Keputusan ujian ni akan di review selepas 2 minggu.

X-ray dan CT Scan

Perasaan aku bertambah gusar dari biasa, ye lah sampai kena buat CT Scan mahunya tak serius. Tapi keputusan alhamdulillah baik. Organ dalaman aku semuanya ok, darah pun ok tiada masalah. Aku cuma kena infection jer tapi sebabnya tidak diketahui dan sekarang ni aku kena tunggu keputusan ujian kahak yang aku jalani dulu sebab kahak tu sekarang ada dekat HKL, so kena lah tunggu kalau semuanya ok aku akan bebas dari segala pertuduhan.

Di sini aku amat berterima kasih kepada wife aku hani sebab dialah yang paksa aku pergi klinik (kalau tak pergi, aku pun tak tahu aku ni ada penyakit ke tak) dan dialah yang setiasa menemani aku bila berada di klinik dan hospital. So pada korang aku nasihatkan, jagalah kesihatan anda dan ingatlah orang yang tersayang.

Ps: Dalam 2 bulan ni juga aku telah dapat satu email yang memeranjatkan dari PayPal. Apa kandungan email tu kena tunggu next post ok.